Monday, September 22, 2008

Rekahan tumit ibu

alahai pengantin baru,JALILAH ABDULLAH (2008)

Seorang tuan guru meminta anak-anaknya mengira kesan rekahan pada tumit kaki ibu mereka yang sedang lena tidur. maka si anak-anak pun mengira. Pada minggu hadapannya disuruh anak itu mengira lagi.
"Macam mana?" tanya si ayah
Lalu salah seorang anak itu menjawab,"Minggu lepas ada sikit,minggu ni dah bertambah banyak."
"Itu tandanya ibu kamu masanya dalam sehari lebih banyak berdiri dari duduk. Ibu kamu bekerja keras untuk menyenangkan kehidupan kita. Ibu kamu bangun lebih awal sebelum Subuh kerana hendak menyiapkan keperluan kita semua."
Kini barulah anak-anak itu faham bahawa ibunya itu terlalu penatbekerja, lena tertidur hingga tidak menyedari kehadiran mereka.